Wednesday, April 25, 2012

Diundur Masa

Salam..

Kalau aku diberi peluang diundurkan masa.
Ya Allah kalau kau nak ambil nyawaku sekarang ambil lah..
Sumpah aku tak mampu dah Ya Allah..
Banyak sangat..bertambah..
Kalau aku ada dosa, ku mohon ampun..Tulus dari hati yang kecil ini..


Monday, March 19, 2012

Aman kampus.

Salam..

Malam tadi aku hadirkan diri untuk bicara ilmu yang bertajuk Tahajud Cinta bersama dengan Imam Muda Hassan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail,UTHM.

Orangnya kecil sahaja Imam Muda Hassan ni..tapi suara dia, mak kau..tak padan dengan orang ok..Wife dia comel amat..sejuk mata nengok..

Ermm, bicara ilmu yang baik..kelakar jugak Imam Muda Hassan ni..asyik nyanyi je..tak boring ok..

Renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah : ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”



Cinta akan manusia ia akan mati jua
Cinta akan Bunga ia akan layu juga
Cinta akan Nafsu ia akan binasakan kita juga
Cinta akan Allah ia akan kekal selamanya.



Imam muda Hassan..:)


his wife. :)













rasa macam berada di negara Arab pulak..:)

habis dah..hehehe

bye.

Thursday, March 1, 2012

I need Istikharah!

Salam,

Ok. aku memerlukan Istikharah untuk mendapatkan keputusan yang betulbetul baik untuk hidup aku.Petunjuk dari Ilahi. Untuk aku memilih yang paling tepat dan adakah apa yang aku pilih itu benarbenar takdirku. Aku mohon sangat.Yes, really need! Aku dah hampir ke titik putus asa. Hampir sangat dah.



.

Thursday, February 23, 2012

Al Fatihah Adik Faris!

Salam




Innalillahwainnalillahurojiun..

Al fatihah sayang..
semoga adik Faris aman disana..
adik Faris pergi selamanya disebabkan HLH (barah darah)..

Tenanglah kamu disana..
Semoga ditempatkan dengan golongan mukmin..
Syurga untukmu sayang..

Al Fatihah..

maklumat lanjut mengenai adik Faris di SINI



Monday, February 20, 2012

Deadline!

Salam..


huahuahuhahuahua..nampak nau baru bangun tido kan..hahaha..korang jangan tiru cara aku..ni semua sebab aku kat parit raja dah..semalam tiba..punya tak semangat aku nak balik, pukul 8 baru aku bangun semalam..itupun mak aku dah maki hamun suruh bangun..lepas subuh memang aku sambung tido balik semenjak dua menjak ni..HAHA..lagi sekali jangan tiru cara aku..

hari ni pun takde benda nak buat..aku rasa balik parit raja ni macam saja-saja je..macam takde apaapa..padahal ada projek berjutajuta perlu aku settle kan sebelum deadline...lecturer aku dah banyak kali post kat group fb dok suruh start buat dah..setiap kali beliau post, jangan cakap berderau rasanya..gigilgigil aku nak baca.last kali nengok gambar deadline tu aku insaf terus..tapi kejap jelah..pastu,ha nengok lah...nyempat lagi aku karang ayat kat sini..hahaha..


Projek Sarjana Muda

K la bye!


Tuesday, February 14, 2012

Menangis!

Salam..

Tetiba rasa nak nangis lajulaju..uwaaaaa..kau tau kenapa..banyak sebabnya..Semua perasaan bercampur baur menjadi satu.Dah makin dekat aku rasa macam dah tak tahu mana satu yang nak di settle kan dulu...kejap buat ni kejap buat tu..lastlast aku give up..aku tinggal kan je..aku tutup semua..padahal baru aku nak mula je.bukak je tutup sendiri, bukak je tutup sendiri..pengakhirannya, gasakla ko kat situ..lelaju je airmata ni nak kuar..sergah dek mak aku,terus sedu sedan..sabar mak kata..memang tak sabar dah ni mak..dah makin dekat ni..:(

memang tak tentu arah dah aku 2 3 hari ini..jap aku rasa nak ketawa lelebih dengan mak aku, jap aku nak terpekik terlolong marah budak kecik 3 orang ni,kau tak sentap aku dok mengelamun suruh aku buat susu..memag hangin aku satu badan tahu..tak pasalpasal satu rumah jadi mangsa..aku peduli apa! jiwa tak tenteram.bukan salah aku lah!masalah jiwa ok..

Pelik juga nengok badan aku ni, menaik tak tentu pasal.kuat makan tidaklah kot..tidur?lagiklah pepagi buta dah terbentung bijik mata aku..sebab ni pun aku rasa nak nangis kuatkuat..sakit jiwa lagi ok..penat dah aku rasa menahan perut tak mahu makan nasi..bagi aku idea sikit! please.pagi buta memang aku bangun breakfast la minum air sunquick harihari..takde gula pon! tapi nya macam tiada effect je..putus asa betul dibuatnya..mana tahu tetiba aku nak p fitting baju ke..tak naye..uwaaaaaaaaa.memang aku nangis 7 hari 7 malam..

Nak nangis lagik bila teringat minggu depan dah masuk semester baru.uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..ni lagik panjang aku nangis! tapi kalau wet pt aku masuk confirm aku senyum lebar panjang siap..kau harap?result pon tak keluar lagi..bila check tak habishabis "Maaf, keputusan peperiksaan anda belum disahkan oleh J/K tetap senat"..dah tu bila pulak duit pt aku nak masuk..penyata kewangan dah keluar dok tulis status berhutang..siot je..fuluss dah tak de ni..cepatcepatlah masuk ye..ha ni satu sebab lagik nape aku nak nangis tak tentu pasal..habis dah nak beli topup 5 henggat pun tak boleh..lastlast aku jual besi buruk..kau hado? gigih tahu aku ni! kali kedua tahan lori besi buruk jadi trauma tuk aku..biarlah kali kedua dan terakhir aku jual besi buruk..kuwang ajaqqqqqqqqq punya India besi buruk tuh! dok aku nunjuk suh amek besi buruk tu. dia p skodeng aku..ada lak dia kata " U punya badan banyak cantik woooo..kalau orang dapat ni!.....ha ko sambung sendiri..ngeri aku nak tulis kat sini..bedebah punya orang! siot ko kan uncle..rasa aku nak kapak kepala ko tu! ni memang aku nangis terus masuk rumah dok bawah selimut..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..:(

Dahlah! sayu hati ni..uwaaaaaaaaaaa..banyak hal la aku ni..

p/s :Tengah melayan adik aku dok meraung jari kaki kena adik beradik ulat air..aku pun tak tahu apa nama spesifik benda alah tu. layan dia nangis pulak..penat dah aku nangis..